Setelah Hujan Merintih

Setelah hujan merintih
Sekalbu doa suci
Sesegar kembali pelangi
Salam sejahtera alam
Suasana tenang dan syahdu
unggas-unggas riang berterbangan
Nyanyian merdu jelas berkumandang
Leluhur langit rahmat
Renungan panjang sebuah uz”lah
Selami diri ,taranum malam .

– puisiwatan – 

Advertisements

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-

Rokok Dalam Baldu

Aku tak mahu berkata
Cuma ingin bertanya
Tentang muzik apakah ini?
Kelihatan nyaring bersayup-sayup
Hingga bumi tak bisa pulang

Aku sering kali tidak mengenal
Anak muda mahupun rawannya
Sedangkan diri sendiri asyik bertanya
Sudahkah manusia kian lupa?
Jikalau duka itu pedih
Jikalau lenang itu bahagia

Sebatang jalan bertukar ngeri
Merbok lapar tercekik asap
Mati bergelimpangan tepian jalanan
bandar permai menjadi kuburan sadis

Sisi gelang kaki ,gadisku
Riak alis matanya ,tanjak rona bunga cinta
Dalam juzuk sesudah mengerti egoistik
Dari wacana mauduk pemuda
Penghujungnya ia gelincir
Patah sanggul terurai kusut

Masihku ingat ,nurani
Seringkali bergelojak riuh-riuh kebenciaan
Terbuku erat sepanjang perjalanan
apinya kiri dan kanan bernyala-nyala
Membakar balutan sepuntung rokok

Ia mula bercerita
tentang kelemahan siasah
Agar kembali mampu di puji
Dengan ingatan para gadis
Aku terlalu luhuri idealisme
Ternyata aku seadanya tidak gila
Seperti yang di sangkal

-puisiwatan-

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-

Suara Si Penunggu

i)
Mengejar bebayang
Tanpa sempadan noktah
Menuju malam
Kamar Sepi
Menjadi saksi
Nafas sudah tertegak
Berbalik perisai
Suram dan gemalai
Menanti saat
Di lafazkan

ii)
Kekuatan
Harga sebuah keberanian
Menongkah tabiat dunia
Meracau tanpa keruan
Di lorong gila

iii)
Jasad sekian lama
Terjalang menyendiri
Terkikir budayawan
Jahili
Kini ajal menjadi
Dagangan

iv)
Jangan Berharap
Kembali lagi
Kerna Tuhan sudah menanti

v)
Aku penunggu setia
pembunuh lampir
sedang lipur-lara
Bahawa kematian
Teresak-esak
Di depan pintu

Vi)
Geletar pagi syahdu
Tersentak penghuni mimpi
Melebur kata-kata rohani
Ketakutan
Gelisah

vii)
Selesai sudah

viii)
Sepasang anggota
Terkulai pengadilan
Selepas hening….

– puisiwatan –

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-

Dengar Ya, Abang nak berseloka

Toyol buncit jadi menteri

Bunian mandul cari bini

Langsuir janda meletup sekali

bota merempit patah gigi

Dua tahun makan maggi

Bila lagi makan nasi

Barang hilang dalam almari

Mula bergaduh suami isteri

Anak hilang dibawa lari

Dari perempuan hingga lelaki

AbahMama Berkempen sana sini

Maklumlah pilihanraya mula lagi

Jual sayur timbang kati

Mulut harus macam combi

Kena talak tiga kali

Dulu mantap sekarang lidi

Minat jadi pakar ekonomi

Sekarang kerja kaji bumi

Naik vespa keliling sawahpadi

habis minyak jalan kaki

Makan suap hari-hari

Dapat gaji pergi patani

Duit meminang kurang lagi

Tunggu bapa!!!!!!!! kahwin lariiiiiiiii!!!!!!!!

-puisiwatan-

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-

Temujanji Aweks Tepi Kolam

sesudah bercumbu
berbalik mimpi
mengajak pulang
seusai berdarah
muncul dara berkejaran
sendal pauh terlayang -layang

datang suram
tiba malam
persis rawan mencuri bayangan
leher terkulai disabit bulan
hanya melihat selain buta
terus hilang berbalam kesunyian

celaka gadis ! sambil berkata dibibir puaka

-puisiwatan-

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-

Pontianak Cun

Aku pergi ke rimba
Memburu dalam keadaan lapar dan dahaga
Datang pontianak menyapa
Bajunya rabak mengerbang ,bogel separa
Dua dekad lalu hilang dara
Galau menyanyi sepi terjaga
Lantas aku bertanya
Dia menjawab dengan mesra
Anjing melintas, menyalak saksama
Giat mencari mata serigala
Terjatuh gaung sebelah buta
Bulan jatuh dalam telaga
Berpecah -pecah seperti kaca
Malam sudah mencemburui pertemuan kita
Lalu langit bertukar jelaga
Siang lelah muncul semula
Aku duduk terkesima
Begitu hari lepas sebaliknya

-puisiwatan-

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-

aksara si jahil

api ini semakin panas
dikala siang
mahupun malam
mengukir kebencian
terus terbuku
merencanakan jahil
tersemat di dada
lembaran luka

hai si jahil!
sekian lama kami merindui
darah syahid
sekian lama kami merindui
suasana syuhadah
nan disambut
angin gerimis
pengibar panji kemenangan

jangan kau lupa
sejarah kami
Islam pasti bingkas
bangun
jika perundangan
terus di perkotak-katikkan…..

-puisiwatan-

Leave a comment

Filed under Hak Cipta Terpelihara -Puisiwatan-